Sumber: www.tranungkite.net
Beban tugas dan kekangan masa merupakan punca utama guru gagal mereka bentuk pengajaran dengan berkesan.
Realitinya tugas guru masa kini telah mempengaruhi guru untuk menyediakan reka bentuk pengajaran yang berkesan dan secara tidak langsung juga akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar. Guru tidak lagi dapat fokus kepada p&p. Guru sibuk dengan tugas-tugas mereka. Sekarang ini tugas guru lebih banyak berbanding dengan guru zaman dahulu. Tugas guru di sekolah semakin mencabar, bukan sahaja setakat mengajar, guru juga terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian, menjadi penjaga, menjadi doktor bila pelajar tidak sihat, menjadi pendengar yang setia di saat ibu bapa pelajar leka dengan tugas-tugas di pejabat, menjadi tempat pelajar melepaskan perasaan dan juga menjadi teman berbual mengisi masa lapang. Semua kerja perlu guru lakukan. Tambahan pula sekarang ini penilaian adalah berasaskan sekolah yang dibuat secara berterusan. Ini membuatkan tugas guru bertambah banyak dan ini tidak masuk lagi dengan tugas luar dari sekolah. Guru juga turut mempunyai kerja-kerja lain yang perlu diselesaikan bukannya kerja-kerja yang terdapat di sekolah sahaja. Inilah cabaran yang perlu guru hadapi sekarang ini. Kerja-kerja guru yang menimbun juga menyebabkan ada kalanya guru tidak sempat untuk masuk ke kelas. Oleh yang demikian seorang guru perlu bijak menguruskan tugasan dan masa mereka supaya tidak lari dengan tugas utama mereka iaitu mengajar dan mendidik anak bangsa.
Menurut Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran. Katanya, pertambahan beban tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem persekolahan negara lebih mementingkan keputusan berasaskan peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar. Sistem persekolahan sepatutnya dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar, tetapi ini dihalang oleh suasana guru yang semakin kurang berinteraksi dengan pelajar.