rancangan latihan mengajarPada 22 Jun 2014 bermula tugas saya sebagai seorang guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan, Taiping, Perak. Hampir tiga bulan saya berkhidmat sebagai seorang guru praktikal di sekolah tersebut. Pelbagai cabaran dan pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang berkhidmat di situ. Menjalani latihan mengajar ini turut memberi pendedahan kepada saya untuk berhadapan dengan dunia realiti sebagai seorang guru.
Selama menjalani latihan mengajar, saya diberi amanah oleh pihak sekolah untuk mengajar pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran Literasi Komputer (ICTL) dan Pendidikan Moral. Saya diberi jadual waktu sebanyak 12 waktu dalam seminggu. Pelbagai kaedah yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kognitif pelajar-pelajar saya supaya sesi p&p menjadi lebih menarik dan pelajar dapat menerima apa yang diajar dengan mudah. Alhamdulillah, pada 12 September 2014, berkat kesabaran dan bantuan dari guru-guru serta warga sekolah SMKDR saya berjaya menamatkan rancangan latihan mengajar dengan jayanya setelah tiga bulan saya berkhidmat di sekolah tersebut. |
Memori indah di smk darul ridwan"Disetiap pertemuan ada ceritanya dan disetiap perpisahan ada kenangannya..."
|
bersama penduduk orang asli
Sepanjang 4 tahun saya menuntut ilmu di bumi Sintok ini, saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai salah satu program bersama penduduk orang asli di Grik, Perak yang dianjurkan oleh Kelab PERKIM UUM. Ini merupakan satu peluang keemasan yang mana saya perlu libatkan diri dalam program tersebut. Julung-julung kali pelajar UUM akan mengadakan program bersama penduduk orang asli. Walaupun program yang saya ikuti itu sudah agak lama, tetapi ia meninggalkan kenangan manis yang tidak pernah saya lupakan. Selama 5 hari 4 malam saya dan rakan-rakan berada di dalam hutan belantara yang mana terdapat sebuah perkampungan kecil yang menetapkan 12 buah rumah di kawasan tersebut. Hampir 10 km perjalanan untuk memasuki kawasan perkampungan tersebut dari jalan utama dengan hanya melalui jalan tanah merah. Sepanjang saya di sana, banyak perkara dan ilmu baru yang saya perolehi antaranya gaya hidup mereka, amalan keluarga mereka, cara berkomunikasi dan lain-lain. Pelbagai aktiviti yang disediakan bersama dengan mereka antaranya membina bangsal, mengajar anak-anak orang asli membaca, mengira, memberi pakaian dan sumbangan makanan asasi, beriadah, pemeriksaan kesihatan dari Klinik Daerah Grik dan banyak lagi. Kedatangan kami di sambut meriah oleh penduduk tersebut. Program ini merupakan program utama bagi Kelab PERKIM UUM dan Kelab PERKIM akan memantau perkampungan tersebut dari masa ke semasa.
Demikian sahaja serba sedikit perkongsian dari saya bersama penduduk perkampungan orang asli di Kg Selaor, Grik Perak. |
PROGRAM INTEGRASI SOSIAL :
‘SINAR GEMILANG SIRI KE-9’ “DALAM MELAKAR GENERASI BERILMU” DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SELAOR, RPS AIR BANUN, GRIK, PERAK DARUL RIDZUAN |