Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Terima kasih kerana sudi mengunjungi ke laman saya. Terlebih dahulu mari saya perkenalkan siapa diri saya. Bak kata orang "tak kenal maka tak cinta".=)
Aku merupakan salah seorang anak kepada pasangan bahagia iaitu Mat Salleh Bin Ab Halim dan Khadijah Binti Hj Said. Nama yang diberi oleh ibu bapa aku adalah Fatin Syahirah Binti Mat Salleh. Aku dilahirkan di Hospital Taiping pada tanggal 29 Jun 1992 dan kini menetap di rumahku yang beralamt No 20 Kg Senduk Batu 8, Jln Trong, Taiping, Perak. Kini usia ku sudah menginjak ke angka 23 tahun. Aku merupakan anak bongsu dari 9 adik beradik yang terdiri daripada 7 orang abang dan seorang kakak.
Pendidikan aku bermula dari sekolah pasti al-Badar Batu 8 pada usia ku 5 hingga 6 tahun. Kemudian aku bersekolah rendah di Sek. Keb. Bendang Siam dan terus menyambung ke peringkat menengah di SABK Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah dari Tingkatan 1-5. Setelah mendapat keputusan SPM yang memberangsangkan, aku mendapat tawaran menyambung pengajian ku ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) selama 1 tahun. Kemudian, dengan rezeki dari Allah, aku dapat meneruskan pengajian ku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat dengan Kepujian dari tahun 2011 sehingga sekarang (2015). In sha Allah aku bakal menamatkan ijazah muda ku pada bulan Jun 2015. Maka, bermula hidupku dalam dunia pendidikan sikit demi sedikit. Tamat sudah mengenai serba sedikit latar belakang diri ku.