coretan falsafah pendidikan ku
Sebagai seorang guru atau bakal guru perlu mempunyai falsafah yang perlu dipegang untuk menjadi seorang guru yang sentiasa mempunyai pegangan/berprinsip .
Bagi diri ini, falsafah pendidikan yang ingin saya terapkan ke dalam diri saya dan yang akan saya gunakan apabila saya mengajar kelak ialah sentiasa menjadi seorang guru yang baik, menyayangi dan dihormati oleh para pelajar. Saya yakin dan percaya apabila seorang guru itu baik dan sentiasa menghormati pelajar-pelajarnya In Sha Allah para pelajarnya juga akan menghormati dan berbuat baik kepada guru tersebut dan dalam masa yang sama, cuba untuk memahami dan mendekati diri mereka.
Selain itu, saya juga akan menerapkan disiplin yang baik dalam diri para pelajar saya terutamanya berkaitan dengan masa dan tingkah laku. Saya akan memastikan supaya mereka sentiasa menggunakan masa dengan sebaiknya dengan melakukan perkara yang bermanfaat dan sentiasa memantau dan memerhati tingkah laku para pelajar saya supaya mereka tidak terus melakukan perbuatan yang tidak elok sehingga boleh merosakkan diri mereka. Disiplin diri ini sangat penting dalam setiap diri individu kerana ia akan menentukan seseorang itu menjadi baik akhlaknya atau sebaliknya. Sekiranya saya mendapati pelajar saya melakukan sesuatu yang tidak baik, saya akan memanggilnya dan bercakap dengan baik serta memberi nasihat bukan terus menghukum dan dalam masa yang sama terus memantau tingkah lakunya.
Di samping itu juga, saya akan menjadi seorang guru yang tegas kepada pelajar-pelajar saya. Tegas disini bukan bermaksud garang dan sentiasa memarahi dan menghukum pelajar-pelajar tetapi tegas sewaktu saya mengajar dan dalam masa yang sama, saya akan menggunakan gaya pengajaran yang pelbagai mengikut keadaan dan suasana. Ini bertujuan supaya pelajar mudah untuk menerima ilmu yang saya ajarkan dan mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian serta berasa seronok sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan ini, pelajar akan dapat menerima apa yang diajar dengan mudah kerana tiada tekanan diberikan.
Saya juga akan menggalakkan para pelajar untuk lebih berfikir sepanjang proses p&p berlangsung. Ini adalah bertujuan untuk memupuk keyakinan dalam diri mereka supaya mereka berasa yakin terhadap jawapan yang diberikan. Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengharapkan para pelajar dapat menjawab soalan aras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Selain daripada itu, saya akan menjadi seorang guru yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada pelajar serta mendorong dan merangsang para pelajar saya supaya terus belajar selagi nyawa dikandung badan dan sentiasa mencintai ilmu pengetahuan. Saya percaya semua guru mahukan yang terbaik untuk pelajarnya dan ingin melihat pelajarnya berjaya dalam hidup. Oleh itu, saya akan berusaha dan sentiasa menambahkan pengetahuan dengan pelbagai maklumat bukan sahaja tentang subjek yang saya ajar malah mengenai pengetahuan am yang berkaitan supaya saya dan pelajar-pelajar dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat apabila masuk ke kelas.
Oleh yang demikian, kerjaya seorang guru bukanlah sesuatu kerjaya yang mudah kerana kerjaya ini melibatkan masa depan anak bangsa kita. Jadi seorang guru akan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa agar dapat menjadi seorang guru yang bertanggungjawab serta sentiasa menjadikan Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan ke arah menjadi guru yang cemerlang kepada pelajar-pelajar yang bakal menjadi harapan negara.
Di sini ingin saya kongsikan sebuah puisi nukilan Allahyarham Dato' Dr Usman Awang mengenai guru. Mari kita hayati bait-bait puisi ini.
Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.